Saturday, 24 March 2012

Hari ini sudah dua hari aku pulang.
Namun bayangan Kaabah masih lekat di ingatan.
Baru sekejap rasa aku melihat rumah Agung itu.
Sekarang sudah jauh semula.
Aku rindu sangat untuk melihat Kaabah di hadapan.
Aku rindu untuk berdoa di Raudhah
Aku rindu untuk merasai ketenangan berada di Mekah
Aku sangat rindu akan itu semua itu

Apabila aku jejakkan kaki buat kali pertama di Kaabah,
satu perasaan aneh menyelubungi hatiku.
Aku rasa aku sangat kerdil dan 
aku hampir menangis pertama kali aku melihat Kaabah.
Kita perlu tahu bahawa sangat berbeza
apabila kita melihat gambar kaabah dan 
berdiri depan Kaabah itu sendiri.
Aneh sungguh rasa.
Tenang nya hanya Allah sahaja yang tahu.

Sepanjang aku berada di Mekah ,
Aku tidak dapat menunaikan solat kerana keuzuran.
Aku sedih sangat tapi aku tetap redha
kerana aku percaya setiap apa yang berlaku,
ada hikmahnya ada sebabnya.
Oleh itu,aku redha.
Mungkin itu adalah ujian Allah berikan
atau mungkin ianya bukan rezeki aku untuk menunaikan
solat fardhu dan solat sunat di Baitullah.

Oleh itu,aku berharap sangat agar suatu masa nanti
aku dapat kembali menziarahi Baitullah yang agung.
serta mengucupi Hajarul Aswad dan
solat di Hijril Ismail .
Kita hanya mampu merancang,
Allah yang menentukan.
Oleh itu,kita perlu terus berdoa dan tawakal
supaya suatu hari nanti Allah akan menerima kita
sebagai tetamu di rumahNya yang Agung.




Ini adalah Doa bagi perempuan yang akan menunaikan
Umrah namun khuatir didatangi haid



Caranya :
1.   Diamalakan selepas haid yang terakhir
2.   Baca lepas setiap kali solat 5 waktu (elok ditiupkan doa ini ke dalam air kemudian minum)
3.   Apabila membaca ayat no.2,3 dan 4 hendaklah menekan lidah ke langit-langit dan tahan nafas 5 saat kemudian hembus

InsyaAllah mujarab , Harus beringat bahawa segalanya berlaku atas izin Allah lalu mohonlah dengan hati yang ikhlas dan penuh bersungguh sungguh


Selepas habis ibadah,untuk membukanya , bacalah doa dalam ayat 80 surah Isyrak

 
P/s : Diajar dan diambil dari buku Panduan Umrah dan pedoman berpuasa di Makkah oleh Ustaz Dato Daud bin Che Ngah.

Amalan ini boleh dilakukan ketika di dalam Ihram atau selepas haid.
Jika mereka yang mahu mengerjakan umrah,
sebaiknya selepas haid terakhir sebelum tarikh yang dijadualkan
untuk bertolak.

Namun,kita perlu beringat ,
Kita hanya mampu merancang ,
Allah yang tentukan segalanya.
Oleh itu,jangan pernah putus berdoa
kepada Allah .InsyaAllah.
Allah itu maha mengasihani,
dia sangat kasih akan hambaNya.
Jadi,jika seseorang hamba itu penuh bersungguh
tidak mustahil Allah akan memakbulkan doanya.Amin

Wallahualam.Wassalam



No comments:

Post a Comment